
Salah satu isu yang menarik fikiran saya untuk dianalisa adalah masalah yang dihadapi oleh saudari muslimat berhijab kita di Turki. Selepas kebangkitan suara Islam di pertengahan 90an, pihak berkuasa Turki terutamanya kuasa tentera, telah mengambil pendekatan yang amat keras ke arah menekan umat Islam di sana. Salah satu daripada strategi yang mereka lakukan adalah dengan memencilkan hijab dari masyarakat. Perempuan berhijab tidak dibenarkan masuk ke bangunan-bangunan rasmi seperti pejabat-pejabat kerajaan, universiti, sekolah dan sebagainya.




