
DISIARKAN DI MAJALAH I KELUARAN SEPTEMBER 2005
Islam telah memberikan kedudukan yang penting kepada Ulama kerana mereka adalah penyambung kepada misi penyebaran risalah Islam yang ditinggalkan oleh rasul terakhir iaitu Muhammad bin Abdillah SAW. Peredaran masa dan perubahan persekitaran menjadikan ketulenan risalah Islam terdedah kepada cabaran ketidak mampuan manusia memikul beban menjaganya. Walaupun Allah SWT telah memberi jaminan untuk Bertindak dengan DiriNya sendiri sebagai Pemelihara syariat Islam [Al-Hijr 15: 9], namun Sunnatullah menetapkan kepada perlunya mengambil asbab. Oleh yang demikian, di bahu ulama Islam itulah terpikulnya amanah yang besar memindahkan Islam dari satu generasi ke generasi yang lain.




