Archive for February, 2006

Sedekad Kita Bersaudara

“Hmm, sudah 10 tahun kita bersaudara. Betul tak, Hasrizal?”, tiba-tiba Fatih bersuara. Tangannya lembut mengusap rambut Beyza yang sudah hampir melelapkan mata.

“Ya, tak sangka Fatih. Dulu kita tergagap-gagap cuba faham antara satu sama lain semasa engkau masih belajar di Istanbul. Hari ini kita sudah jadi suami. Sudah jadi ayah”, saya membalas.  Read the rest of this entry »

Comments (17)

ANTAKYA: Senasib Kashmir dan Pattani

 mturkey.gif

“Cay, cay! Buyrun agabey, cay icin ya! (Teh, teh! Silakan abang, minumlah teh ni)”, tiga orang budak muncul dan begitu ramah menyambut ketibaan kami.

Tentunya pelawaan budak botak bertiga ini disambut baik oleh rakan-rakan saya. Selepas 21 jam perjalanan dari Rize ke Iskenderun, tiba-tiba mereka disambut oleh kanak-kanak itu dengan secawan teh panas. Aduh, tentunya enak sekali. Badan yang lenguh di sana sini, ditambah pula dengan cuaca yang agak sejuk pagi itu, seteguk teh Turki memang seperti kurniaan terbesar dari Ilahi. Saya hanya tersenyum melihat gelagat Arief, Abdul Rashid, Sabri, Baihaqi dan Munawwar melayan Caycilar (penjual teh) bertiga itu.

Read the rest of this entry »

Comments (6)