Archive for March, 2006

Nilai Sebuah Kembara Ilmu

“Buyrun, kahvalti, kahvalti (Silakan, sarapan pagi, sarapan pagi). Bagaimana kamu pagi ini, Hasrizal? Saya masih antara percaya dengan tidak yang kamu ada di Istanbul hari ini”, Fatih bertanya. Kami sarapan agak lewat pagi ini kerana masing-masing keletihan.

Masakan tidak letih. Perjalanan dari rumah saya ke Amman sahaja sudah lebih 200km. Kemudian saya terus menaiki kapal terbang ke Istanbul melalui Beirut. Setibanya di Istanbul, saya terus menuju ke Besiktas Inonu Stadyumu dan kemudian kami tiba di rumah Fatih hampir jam 2 pagi. Read the rest of this entry »

Leave a Comment

Moga Kalian Dewasa Dengan Iman II

bic.jpg

Kenangan bersama wartawan British Satelite News ketika rakaman dokumentari “Education of Muslims in Northern Ireland” untuk siaran CNN pada tahun 2001

1981…

“Hasrizal, cikgu minta maaf sebab walaupun kamu dapat nombor satu, tapi kamu tak boleh naik ke pentas ambil hadiah. Sebabnya, kamu masuk sekolah bukan betul-betul, cuma ikut emak kamu sahaja. Cikgu minta maaf ya.”, kata guru besar saya pada tahun 1981.

Read the rest of this entry »

Comments (14)

Moga Kalian Dewasa Dengan Iman

newtownard.jpg

Bersama pelajar-pelajar Malaysia dan Singapura yang setia membantu saya menjalankan tugas sebagai Imam. Gambar ini diambil selepas persembahan nasyid semasa Belfast Islam Centre mengadakan pameran di Newtownard Community Hall, Belfast

Kadang-kadang, saya sendiri keliru. Adakah saya gembira dengan tugasan saya menjadi Imam di Belfast, atau sebaliknya. Ada masanya, saya sakit rindu. Saya akan menatap gambar-gambar lama, membaca kembali salinan-salinan khutbah Jumaat yang pernah saya sampaikan, artikel yang pernah ditulis, termasuk jugalah kertas-kertas soalan peperiksaan anak-anak murid saya di Belfast Islamic School. Tetapi dalam masa yang sama saya juga dihinggapi rasa seram dan gerun, memikirkan betapa berat dan besarnya tanggungjawab serta bebanan yang pernah saya galas semasa menjadi Imam di sana.

Read the rest of this entry »

Comments (6)