Archive for June, 2006

ISU WAHHABIYYAH: TINGKAP YANG DISANGKA PINTU

Apabila isu Wahhabiyyah timbul di tengah masyarakat hari ini, ia membawa saya mengimbau kenangan pahit saya melihat perpecahan yang menimpa pelajar Malaysia di Jordan pada akhir 90’an. Perbalahan tentang soal Salaf dan Khalaf telah mengucar kacirkan kehidupan pelajar dan ia terus berlarutan hingga ke hari ini. Pada masa itu, saya bermastautin di Ireland dan datang ke Jordan pada musim panas.

Read the rest of this entry »

Comments (13)

Jiwa Dai’e Otak Faqih

albanna.jpg

Semasa hayat Hasan al-Banna, beliau pernah berhadapan dengan suatu peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan. Ahli Jemaah di sebuah masjid bertelagah soal rakaat Solat Tarawih, sama ada patut dibuat lapan atau dua puluh rakaat. Suasana begitu tegang sehingga timbul bahasa-bahasa yang keras. Akhirnya, apabila Hasan al-Banna muncul, beliau ditanya oleh mereka yang bertelagah itu, mana satukah pendapat yang betul dalam hal ini? Read the rest of this entry »

Comments (3)

Aku Salafi, Anakku Bagaimana

Assalamualaikum wa Rahmatullah wa Barakatuh.

Artikel yang saya tulis di bawah tajuk ”AKU SALAFI, ANAK MURIDKU BAGAIMANA” menjadi bahan muhasabah diri saya dalam seminggu kebelakangan ini. Saya tidak pasti apakah artikel itu berjaya mengungkapkan dengan tepat apa sebenarnya yang terbuku di hati saya, atau ia telah tersasar lantas menimbulkan salaf faham yang mengundang penyesalan. Read the rest of this entry »

Comments (1)

Aku Salafi, Anak Muridku Bagaimana?

 anakkubagaimana.jpg

KISAH SELUAR

“Eh, Mid. Seluar engkau tu tak sesuai. Warnanya tak masuk dengan warna baju engkau. Tukarlah seluar lain. Pakai yang gelap sedikit”, Edi menunding jari ke arah Hamid yang wajahnya masam mencuka.

“Mid, engkau nak keluar macam tu? Tak malu ke? Orang zaman sekarang ni sudah tidak pakai seluar begitu. Carilah yang up-to-date sikit”, Zamri pula mencelah, turut sama memberi komen kepada Hamid yang baru sahaja menukar seluarnya.

“La Ilaha Illallah. Itukah seluar terbaik engkau? Malu aku nak berjalan dengan kamu, Mid. Seluar macam itu, orang sekarang buat kain pengelap lantai sahaja, kau tahu tak?”, kata Azlan yang tidak berpuas hati dengan penampilan rakan serumahnya, Hamid.

Pipi Hamid sudah merah. Wajahnya sudah masam mencuka. Rupanya seperti bom yang mahu meletup. Pakai yang ini salah, pakai yang itu salah, habis yang mana satu?

“Yelah yelah, susah sangat, aku keluar rumah bertelanjang lagi senang”, akhirnya Hamid keluar dari biliknya bertelanjang. Ia menjadi insiden yang amat mengaibkan. Tidak tergamak untuk ditulis di sini.

Ya, akibat keliru dan diasak dengan pelbagai pendapat, akhirnya Hamid mengambil keputusan paling drastik iaitu bertelanjang.

Read the rest of this entry »

Comments (5)