Archive for October, 2006

Di Mana Damai Desa


Apakah masih ada desa di usia dewasaku?

“Apa yang kamu menungkan?”, abang saya bertanya.

“Kosong. Sengaja Rizal kosongkan fikiran”, saya membalas lesu.

Renungan saya di anjung rumah, lepas entah ke mana.

Walaupun Bandar Ipoh, mengesot-esot mengejar pembangunan semasa, kampung halaman saya tetap berjaya mengekalkan suasana kampungnya yang asli. Tanah masih hijau. Bau rumput masih membangkitkan kesegaran jiwa saya. Tambahan pula dalam seminggu dua ini, hujan sentiasa membasahkan petang Syawwal. Bunyi hujan yang turun menyimbah  atap zink rumah, dengan kokokan ayam mencari teduh, sungguh mententeramkan jiwa.

Aidilfitri ini saya puas. Isteri dan anak-anak ada di sisi. Bonda pula masih sihat rendang ayamnya masih yang pertama. Adik-beradik pulang semuanya. Ia menyembuhkan kejanggalan perasaan saya, selepas 11 tahun menempuh Aidilfitri di bumi asing. Tempoh yang cukup panjang.

Saya sepatutnya gembira, ceria kerana syarat-syarat kegembiraan itu ada.  Ramadan ditempuh seadanya. Syawwal pula menjelma dalam rukun-rukun dan syarat-syarat yang sempurna.

Tetapi kenapa air muka saya masih sedih? Saya cuba untuk tersenyum tetapi cermin diri masih mempamerkan raut yang hambar.

Saya tidak berniat melukiskan wajah itu di Syawwal ini. Tetapi sudah beberapa orang ahli keluarga saya yang bertanya.

“Kenapa sedih?”, tanya isteri saya.

“Apa yang tidak kena?”, soal abang saya.

“Ada masalah?”, ipar duai saya menduga.

Entah, saya sendiri puas mencari punca. Meneliti satu persatu kotak fikiran dan perasaan. Apa lagi yang tidak kena?

Saya duduk di tangga rumah. Bermuhasabah mencari penjelasan.

Saya amati betul-betul keindahan desa, di mana cacat celanya? Jauh di hujung perhatian, saya tersentak kerana rupa-rupanya keindahan itu tiada warna. Rumput yang sama, ayam yang sama. Tetapi semuanya kelabu tidak berwarna. Desa ini indah, tetapi serinya tiada. Tawar dan hambar.

Desa tetap indah. Tetapi anak desa sudah berubah. Itulah kedukaan saya.

Read the rest of this entry »

Comments (6)

Memahami Turki Dari Dalam

AYAM TURKI, BELANDA DAN ROM

“Anta perasan tak apa nama ayam ni dalam Bahasa Arab?”, saya bertanya kepada Yusran, teman serumah.

“Hmm, Dik Roomi, kan? Ayam Rom”, jawabnya.

“Ok, nama ayam ni dalam Bahasa Inggeris?”, saya meneruskan pertanyaan.

“Turkey!”, kata Yusran lagi.  Read the rest of this entry »

Comments (2)

‘Aku Tidak Peduli’sma: Ideologi Siswazah Jumud & Tidur

 dv1453023.jpg

ISLAM AGAMA KEKITAAN

Rasulullah SAW diutuskan oleh Allah SWT membawa syariat Islam yang bersifat undang-undang bersama. Islam menukar manusia yang ananiah kepada kekitaan, merasa bersama antara satu sama lain sebagai satu ummah. Firman Allah SWT:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka hendaklah kamu memperelokkan di antara dua saudaramu… (Al-Hujurat 49 : 10)

Read the rest of this entry »

Comments (7)