Entah buat kali yang ke berapa, Saifulislam.Com ditutup lagi oleh anhosting.com. Alasan yang diberikan sama, ialah Saifulislam.Com telah menggunakan CPU dan RAM pada kadar yang lebih dari had yang mereka tetapkan.
Apa yang mendukacitakan saya ialah, tiada tool yang mereka sediakan untuk saya memantau penggunaan CPU dan RAM itu. Maka saya tidak dapat
bertindak apa-apa untuk menyelamatkan keadaan, melainkan secara tiba-tiba sahaja mereka menutup Saifulislam.Com tanpa sebarang notis.
Kali ini, mereka enggan berbincang dengan saya dan akan hanya membuka kembali Saifulislam.Com jika saya bersetuju memindahkan website saya ke dedicated server mereka pada harga USD49 sebulan. Macam kena ugut dengan along pula rasanya.
Berikan saya sedikit masa untuk mencari penyelesaian buat sementara ini. Saya dah fedup dengan anhosting.com.
Serabut… banyak perkara yang sedang ditumpukan, ditambah pula dengan kesamsengan host dari rumah Uncle Sam ini.
Maaf atas kesulitan pembaca sekalian…
Wassalamualaikum WBT.
ABU SAIF
Webmaster Saifulislam.Com