Entah buat kali yang ke berapa, Saifulislam.Com ditutup lagi oleh anhosting.com. Alasan yang diberikan sama, ialah Saifulislam.Com telah menggunakan CPU dan RAM pada kadar yang lebih dari had yang mereka tetapkan.
Apa yang mendukacitakan saya ialah, tiada tool yang mereka sediakan untuk saya memantau penggunaan CPU dan RAM itu. Maka saya tidak dapat
bertindak apa-apa untuk menyelamatkan keadaan, melainkan secara tiba-tiba sahaja mereka menutup Saifulislam.Com tanpa sebarang notis.
Kali ini, mereka enggan berbincang dengan saya dan akan hanya membuka kembali Saifulislam.Com jika saya bersetuju memindahkan website saya ke dedicated server mereka pada harga USD49 sebulan. Macam kena ugut dengan along pula rasanya.
Berikan saya sedikit masa untuk mencari penyelesaian buat sementara ini. Saya dah fedup dengan anhosting.com.
Serabut… banyak perkara yang sedang ditumpukan, ditambah pula dengan kesamsengan host dari rumah Uncle Sam ini.
Maaf atas kesulitan pembaca sekalian…
Wassalamualaikum WBT.
ABU SAIF
Webmaster Saifulislam.Com





Kak Ija said
Salam Ustaz,
Hari ini baru akak ada kelapangan untuk mencari rumah saifulislam.com yang lama setelah 2-3 hari baca notis account suspended tu. Kalau dilihat dari sudut lain, hebat betul blog ustaz nih sampai sentiasa melebihi had penggunaan CPU dan RAM.
Semoga semuanya pulih seperti biasa, ramailah pembaca setia yang kecewa.
tajawwal said
salam ustaz,
suspend betul mgu lepas dapat surf saifulislam.com ttibe hari ni takde lak..
Macam kena ‘boikot’ pulak. website under anhosting.com lain takde pula di ‘band’ .. keliru juga.. mustahil kerana melebihi RAM etc..
kena semak semula perjanjian yang mereka gariskan. klu tak, rugi je.
ana doakan ustaz tabah dengan ujian ni. ameen.
meds said
Hmm..patut lah beberapa hari nih xleh nk view page ustaz..ad problems rupany~
Moga Allah mudahkan segalanya..enshaAllah ;D
idaffiQ said
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.”
Saifulislam said
Assalamualaikum.
Hebat juga kalian kerana dapat bertemu dengan ‘pondok durian’ Saifulislam.Com ini.
Ujian kali ini cukup hebat, hingga jauh berada di luar keupayaan saya untuk mengatasinya sendiri. Syukurlah ada beberapa orang sahabat yang sudi membantu.
Buat masa ini, Saifulislam.Com boleh dibaca di alamat alternatifnya yang saya peram sejak sekian lama iaitu di http://hasrizal.com
Doakan semuanya berjalan lancar…
ainen said
salam ustaz.. try sek http://www.fivio.com web hosting yg mengutamakan customer.. Customer first!