Archive for October, 2007

Makluman

saifulislamdotcom_mini.jpg

Assalamualaikum wa Rahmatullah wa Barakatuh

Halaman web ini (saifulislamdotcom.wordpress.com) adalah halaman pelampung keselamatan untuk halaman utama saya di saifulislam.com. Sekiranya terdapat kesulitan untuk anda mengakses halaman web utama itu, berkunjunglah ke sini untuk mendapatkan maklumat terkini mengenainya.

Saya juga mengalu-alukan seandainya anda berminat untuk menyertai mailing list kami di YAHOO kerana lazimnya saya akan memaklumkan sebarang permasalahan teknikal melalui langganan di mailing list itu.

Artikel terkini boleh diperolehi melalui RSS feed yang berada di kiri atau kanan halaman ini seperti ilustrasi di bawah ini.

saifulislamdotcom_rss.jpg

Terima kasih.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Comments off

Bipolar Disorder: Bantu Si ‘Zalim Dan Mazlum

“Akak dah tak tahu nak buat macam mana ustaz. Memang rasanya kami ni dah di ambang penceraian”, keluh seorang isteri, yang bersuamikan sahabat saya.

“Apa lagi yang dibuatnya kebelakangan ini?”, saya mahu dapatkan lebih banyak maklumat.

“Entah kenapa siang malam pagi petang asyik bersyarah pasal agama sahaja. Rasa macam semua yang akak buat ni tak betul. Segala-gala diungkitnya. Dari cara akak berwudhu’ dan solat, sampailah kepada hal-hal yang akak sendiri tak faham. Pulak tu, bukan boleh ditegur, mesti dia melenting”, cerita akak itu semasa mengunjungi kami sekeluarga.

Saya terdiam. Sahabat yang saya kenali ini semacam sedang melalui suatu episod yang tersusun mengikut buku teks. Melengkapi segala simptom masalah Bipolar Disorder.

Saya cuba sabarkan isteri yang malang itu.

Read the rest of this entry »

Comments off

Sindrom Tourette: Jangan Hukum Mereka

“Kamu boleh tak jangan buat bunyi macam tu?”, tengking seorang wanita kepada anaknya.

Matanya berkelip-kelip. Sesekali beliau mendengus dengan bunyi yang mengganggu. Seperti cengkerik pun ada.

Geram juga si ibu melihat gelagat anak-anaknya. Dah jadi tabiat pula. Makin lama makin menjadi.

Pada si ibu, mungkin anaknya mengada-ngada. Kalau tinggi daya imaginasi, mula pula berfikir di mana silapnya semasa melahirkan anak ini? Ada cengkerik di alang rumah?

Mungkin tidak terlintas langsung di fikiran ibu remaja ini, bahawa anaknya mengidap SINDROM TOURETTE!

Pengidap sindrom Tourette ini juga sering diejek oleh kawan-kawan, atau kadang-kadang terus dibenci begitu sahaja. Mengganggu! Itu yang lazim dilabel kepada mereka. Bukan sahaja dibenci kawan-kawan, malah boleh juga dibenci oleh ibu bapa sendiri, andai mereka tidak memahami atau lupa kepada kehendak Ilahi.

Read the rest of this entry »

Comments off