Sindrom Tourette: Jangan Hukum Mereka

“Kamu boleh tak jangan buat bunyi macam tu?”, tengking seorang wanita kepada anaknya.

Matanya berkelip-kelip. Sesekali beliau mendengus dengan bunyi yang mengganggu. Seperti cengkerik pun ada.

Geram juga si ibu melihat gelagat anak-anaknya. Dah jadi tabiat pula. Makin lama makin menjadi.

Pada si ibu, mungkin anaknya mengada-ngada. Kalau tinggi daya imaginasi, mula pula berfikir di mana silapnya semasa melahirkan anak ini? Ada cengkerik di alang rumah?

Mungkin tidak terlintas langsung di fikiran ibu remaja ini, bahawa anaknya mengidap SINDROM TOURETTE!

Pengidap sindrom Tourette ini juga sering diejek oleh kawan-kawan, atau kadang-kadang terus dibenci begitu sahaja. Mengganggu! Itu yang lazim dilabel kepada mereka. Bukan sahaja dibenci kawan-kawan, malah boleh juga dibenci oleh ibu bapa sendiri, andai mereka tidak memahami atau lupa kepada kehendak Ilahi.

Read the rest of this entry »

Comments off

Perkembangan Terkini

p6070155.jpg

Masih Bersedih

Sudah seminggu Saifulislam.Com hilang dari pandangan mata.

Bagi yang mahu membaca terasa resah, bagi yang tiada tempat untuk menulis dan berkata-kata, terlebih-lebih lagilah resahnya.

Ujian kali ini sudah menjangkau di luar keupayaan saya.

Read the rest of this entry »

Comments (4)

Saifulislam.Com Ditutup Lagi

Entah buat kali yang ke berapa, Saifulislam.Com ditutup lagi oleh anhosting.com. Alasan yang diberikan sama, ialah Saifulislam.Com telah menggunakan CPU dan RAM pada kadar yang lebih dari had yang mereka tetapkan.

Apa yang mendukacitakan saya ialah, tiada tool yang mereka sediakan untuk saya memantau penggunaan CPU dan RAM itu. Maka saya tidak dapat
bertindak apa-apa untuk menyelamatkan keadaan, melainkan secara tiba-tiba sahaja mereka menutup Saifulislam.Com tanpa sebarang notis.

Kali ini, mereka enggan berbincang dengan saya dan akan hanya membuka kembali Saifulislam.Com jika saya bersetuju memindahkan website saya ke dedicated server mereka pada harga USD49 sebulan. Macam kena ugut dengan along pula rasanya.

Berikan saya sedikit masa untuk mencari penyelesaian buat sementara ini. Saya dah fedup dengan anhosting.com.

Serabut… banyak perkara yang sedang ditumpukan, ditambah pula dengan kesamsengan host dari rumah Uncle Sam ini.

Maaf atas kesulitan pembaca sekalian…

Wassalamualaikum WBT.

ABU SAIF
Webmaster Saifulislam.Com

Comments (6)

Bawalah Hatimu Pulang Ke Asalnya

antrim-itik.JPG
Sepetang di Antrim

“Assalamualaikum. Saya perlukan bantuan Imam.”, Abdellah menahan saya di pintu masjid selepas Solat Asar.

“Waalaikummussalaam. Insya Allah semampu yang mungkin, saya cuba membantu. Apa masalahnya, brother?”, saya berhenti sambil merenung langit yang gelap dipintas awan mendung.

“Saya mahu mengajak Imam ke rumah saya. Saya harap Imam dapat membantu abang saya.”, jawab Abdellah. Beliau merupakan salah seorang jamaah yang bersolat di masjid kami. Read the rest of this entry »

Comments (5)

Pemergianmu

 

ayasofya.jpg

Rakaman kuliah saya sempena 12 Rabi’ al-Awwal 1427H yang lalu. Mengenang detik kewafatan Baginda SAW berdasarkan kitab Al-Khulafa al-Rashidoon Bayna al-Istikhlaaf wa al-Isytisyhaad oleh Sheikh Solah Abdul Fattah al-Khalidi. Semoga dapat meningkatkan rasa kasih dan cinta kita kepada manusia yang telah mengertikan hidupnya pada memberikan segala-gala untuk umat ini.

File 01 (4.5mb)

File 02 (4.6mb)

File 03 (4.6mb)

Manakala yang berikut pula adalah rakaman ceramah sempena Maulid al-Rasul yang diadakan di Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin, bertarikh 21 April 2005.

File 01 ( 3.6mb) | File 02 (3.5mb) | File 03 (3.04mb)

Untuk keselesaan anda, sila muat turun fail di atas. Klik kanan ke atas capaian di atas, dan pilih “Save link as…”

Comments (6)

« Newer Posts · Older Posts »