Perkembangan Terkini

p6070155.jpg

Masih Bersedih

Sudah seminggu Saifulislam.Com hilang dari pandangan mata.

Bagi yang mahu membaca terasa resah, bagi yang tiada tempat untuk menulis dan berkata-kata, terlebih-lebih lagilah resahnya.

Ujian kali ini sudah menjangkau di luar keupayaan saya.

BUKAN SOAL WANG

Bukanlah soal kewangan yang menjadi isu paling utama. Namun saya AMAT menghargai kesungguhan sahabat-sahabat termasuklah rakan siswa siswi pengguna wang PTPTN untuk menyumbang dan memberi sesuatu untuk kemajuan Saifulislam.Com. Saya pasti, niat yang ikhlas itu sudah pun menyediakan sebaik-baik ganjaran di sisi-Nya.

Namun saya berusaha untuk tidak ‘pergi ke situ’, kerana perasaannya jadi seperti seorang bapa yang tidak mampu memberi nafkah, terpaksa menyerahkan anak-anaknya untuk dijaga oleh orang lain! Mungkin agak keterlaluan, tetapi itulah perasaan saya. Saya sudah bersama Saifulislam.Com semenjak 1998 dan tahun hadapan ia mencecah usia 10 tahun… usia yang cukup lama untuk mengundang derita pada kematian dan kehilangan.

CABARAN TEKNIKAL DAN PENGETAHUAN

Tetapi perpindahan Saifulislam.Com daripada shared server kepada virtual dedicated server menyebabkan proses pemantauan dan setting begitu rumit dan saya belum mempunyai pengalaman mengendalikan sendiri server. Alhamdulillah, saya mesti mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada akh Mohd Kamal Mustafa yang telah banyak membantu saya menguruskan perpindahan server, menukar setting domain, dan meniup semangat untuk saya terus berperang dengan midphase, syarikat paling samseng yang pernah saya temui dalam sejarah saya di alam internet.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada seorang sahabat di Houston, USA kerana membantu saya dengan PELBAGAI cara. Termasuk menelefon Midphase dan terpaksa bergayut di telefon begitu lama, semata-mata untuk boleh bercakap dengan technician Midphase. Komunikasi di antara beliau dengan Midphase tidak dapat mencapai apa yang diharapkan, sebaliknya kami bertemu dengan sebegitu banyak review yang negatif tentang Midphase. Rupa-rupanya bukan sahaja saya yang bengang sampai ke tengkuk, malah begitu ramai juga yang mengalami nasib yang sama. Antara yang boleh dibaca ialah di:

http://ascii.textfiles.com/archives/000189.html

http://forum3.midphasetalk.com/showthread.php?t=7347

Saya telah menulis surat kepada WordPress.Org meminta mereka memberhentikan iklan anhosting.com di halaman web mereka (http://wordpress.org/hosting/). Sesungguhnya kerana keyakinan saya kepada reputasi Worpress.Org, saya telah menerima cadangan mereka untuk memilih anhosting.com sebagai tapak baru Saifulislam.Com selepas kemalangan besar di hostdepartment.com awal tahun ini. Ini merupakan selemah-lemah iman saya dalam mencegah orang lain daripada terbabit sama dengan kedurjanaan anhosting.com yang bermazhab Bush dalam perniagaan mereka.

ALAMAT SEMENTARA

Buat masa ini, Saifulislam.Com boleh diakses dengan menggunakan alamat Hasrizal.Com dan saya sedang berusaha untuk melepaskan domain Saifulislam.Com dari cengkaman anhosting.com agar anak saya ini dapat disatukan kembali dengan ayahnya!

Doakan..

ABU SAIF @ http://www.hasrizal.com
Erti Hidup Masih Terus Pada Memberi

Advertisements

4 thoughts on “Perkembangan Terkini

  1. Terubat sebuah kerinduan…

  2. Bila saya lihat saifulislam is suspended, saya terus mencari kata kunci ‘saifulislam tergendala’ dan alhamdulillah dapat juga berteduh di ‘pondok durian’ nie..

    Saya tak kisah kalau ustaz nak letak kat mana pun blog ustaz nie..kat tempat yang percuma pun takpe..janji boleh dibaca..
    kami semua rindukan ‘buah tangan’ ustaz… teruskan usaha.

  3. Alhamdulillah~
    Btol tuh.xkesah la kat mana pon.Yg penting apa yg nak disampaikan tuh sampai…hihi (:

  4. Assalamualaikum Ustaz. Selamat menyambut hari kemerdekaan Tanah Melayu.

    Dengan keizinan tuan punya blog.

    Erti 50 Tahun Merdeka?
    ASSALAMUA’LAIKUM,

    Kepada para pengunjung Blog yang dirahmati ALLAH swt. Tinggal satu hari sahaja lagi Rakyat Tanah Melayu (Malaysia) akan menyambut hari kemerdekaan kali yang ke-50 dari penjajahan Kafir Portugis/Belanda/British dan Jepun kemudian dijajah British kembali.

    Hampir 5oo tahun manusia MELAYU ISLAM diperlakukan seperti BINATANG yang tidak mempunyai MARUAH DIRI. Ini termasuklah penderaan mental dan fizikal terhadap nenek moyang kita. Malah yang lebih teruk nenek moyang kita dibunuh dengan kejam. Maka bangkitlah Ulama’-Ulama’ dan para pengikut mereka menentang penindasan diatas nama “JIHAD FISABILILLAH”.

    Namun sayang seribu kali sayang didalam buku teks sejarah sekolah menengah yang kita baca hari ini telah mengatakan “bahawa mereka yang bangkit menentang penjajahan British, adalah disebabkan tidak berpuas hati disebabkan dikenakan Cukai Tanah oleh Syarikat British Company”. Benarkah begitu?

    Mereka yang bangkit menentang Penjajah Kafir telah dicop sebagai Pengkhianat pada waktu itu. Khazanah dan harta benda kita (termasuklah dari perut bumi) telah dirampas. Mungkin ada yang terlupa kita tertindas dengan kejam dengan jangkamasa yang begitu lama…

    Jadi saya sebagai hamba yang daif ini sekadar ingin bertanya kepada Tuan / Puan : Apakah erti “50 TAHUN MERDEKA” yang sebetulnya?

    Diharap jika ada sesiapa yang sudi memberi komen maka bolehlah meninggalkan komen-komen bernas saudara /saudari diruangan commentary, agar hamba yang daif ini dapat mengerti apa itu “MERDEKA!!!”?

    Sekian…wabillahi wal taufiq wal hidayah…

    http://sabapersonalalbum.blogspot.com

Comments are closed.

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close