Archive for Keluarga

Saya Bukan Bapa Mithali, Hanya Realiti

baparealiti1.jpg

Saya bukan bapa mithali.

Saya bapa realiti. Realiti yang ada buruk dan ada baiknya.

Sebab itu saya rimas apabila catatan-catatan kekeluargaan saya dibaca secara tidak realistik. Seolah-olah semuanya terlalu ideal, cantik, kemas dan mithali belaka.

“Habis, semua cerita anta berakhir dengan good ending belaka!”, kata kawan saya yang setia mendengar keluhan.

“Itulah silapnya!”, saya menjawab lesu. Read the rest of this entry »

Comments (8)

Saya Mestilah Muslim Pada Rumahtangga dan Keluarga – Siri I

keluarga.jpg

“Saya mestilah Muslim dalam konteks rumahtangga dan ahli keluarga”… itu adalah tajuk kelima ceramah saya di dalam PUISI 2007.

Semenjak sehari sebelumnya, para peserta semacam tidak sabar-sabar mahu mendengar pengisian tentang rumahtangga. Mungkin bagi sebahagian mereka, rumahtangga itu adalah cinta, kahwin dan berbulan madu… maka adrenaline yang mengalir kencang menjadikan mereka tidak sabar-sabar dengan pengisian saya.

Apatah lagi ia dimulakan dengan nasyid Keluarga Bahagia dendangan kumpulan Saujana. Habis terhayun-hayun peserta menyanyikannya bersama… malah dengan penuh perasaan. Read the rest of this entry »

Leave a Comment

Imaduddin Semakin Tembam

imad_mac07.JPG

Imaduddin kini sudah berusia 3 bulan 17 hari. Semoga membesar sebagai tunggak Agama

Comments (18)

‘Tentang Bulan’ Yang Mengecewakan

tentangbulan.jpg

Baru-baru ini saya telah membeli VCD filem “Tentang Bulan” untuk ditonton bersama anak-anak. Oleh kerana filem ini merupakan filem kanak-kanak dan berorientasikan keluarga, saya kira ia sesuai untuk dijadikan selingan kualiti masa yang cuba saya cari bersama anak-anak. Kekuatan filem ini ialah pada Nik Adruce yang sering rapat dengan kanak-kanak dan selalu memberikan ‘kata-kata nasihat’ kepada penonton TV9 yang sebahagiannya adalah anak-anak saya sendiri.

Read the rest of this entry »

Comments (2)